Cara / Tips / Petua Petua Kecantikan
Menghilangkan Jerawat
1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu sehingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih dan cuci
2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari
3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu dan ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus
Petua Kurus dan Langsingkan Badan
1. Ambil 3 sudu besar serbuk tea cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan meminum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur
2. Selepas makan amalkan meminum tea hijau atau tea cina yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis dan madu
Petua Hilangkan Bau badan
1. Boleh gunakan daun sirih. Daun sirih ini boleh dikatakan bertindak sebagai antiseptik disamping mengandungi zat aktif untuk membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman dan bakteria
2. Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan. Caranya agak ringkas iaitu potong timun kepada beberapa kepingan kecil. Semasa mandi gosokkan kepingan timun kepada seluruh badan. Setelah itu barulah dibilas bersih
3. Jika tidak mampu untuk meminum air sirih, bunga cengkih juga boleh digunakan. Rendam beberapa kuntum bunga cengkih di dalam satu cawan air panas. Biarkan sehingga kembang. Kemudian minum air rendaman tersebut. Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah bau badan

No comments:
Post a Comment